Tapak Pembinaan diarah henti kerja selepas terdapat keretakan
- IRS
- Nov 11, 2024
- 3 min read
Updated: Jul 28
DBKL telah mengeluarkan arahan henti kerja (Stop Work Order), terhadap sebuah tapak pembinaan di Wangsa Maju selepas terdapat keretakan struktur bangunan yang sedang dalam pembinaan tersebut (Sinarharian),

Menurut DBKL lagi, PPR Wangsa Sari telah mengadu mengenai satu letupan telah kedengaran, dan kejadian tersebut dikatakan di Blok C, projek tersebut.
Siasatan DBKL mendapati bahawa terdapat keretakan pada struktur dinding (Shear wall), tiang dan lantai pada unit-unit yang berada di tingkat 8 dan ke atas.

Apakah Shear Wall (dinding ricih)
Shear wall adalah sejenis dinding yang menanggung beban dari semua arah (beban dari atas dan beban dari sisi) ia berbeza dengan dinding batu-bata biasa yang hanya bertujuan untuk menutup bukaan, shear wall berupaya membantu keseluruhan struktur supaya tidak bergoyang atau berpusing akibat tiupan angin, atau daya yang lain, contoh gempa bumi dan lain-lain). Dinding shear wall boleh dibuat dengan konkrit bertetulang, atau besi yang diikat di penjuru tiang berbentuk X atau kaedah yang lain yang bersesuaian.
Gambar diberikan adalah contoh shear wall yang mungkin dibuat dari konkrit bertetulang untuk membantu struktur rangka bangunan (tiang dan beam) dari berpusing atau berubah bentuk akibat berat sendiri atau daya asing seperti angin atau gempa bumi. Lokasi shear wall atau kedudukannya bergantung kepada jurutera bangunan tersebut.
Satu notis henti kerja (Stop Work Order) di bawah Seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta 133) telah dikeluarkan, dan tempoh henti kerja tersebut adalah tertakluk kepada perkara-perkara di bawah.
DBKL juga telah mengarahkan pihak perunding (Consultant Engineer) mengambil langkah memberhentikan semua kerja-kerja pembinaan dan dikehendaki menyelenggara tapak binaan supaya bersih dan selamat,
Melantik Jurutera Bebas (Independent Engineer) bagi menjalankan pemeriksaan integriti keseluruhan struktur, dan membuat kerja-kerja pembaikan berdasarkan laporan dari Jurutera Bebas itu.
Akta 133 - AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974
70B. Perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan semasa pendirian bangunan.
(2) Jika pihak berkuasa tempatan mengesyaki secara munasabah bahawa ada kecacatan, perubahan bentuk atau kemerosotan pada struktur bangunan yang sedang didirikan yang berkemungkinan mengakibatkan kerobohan bangunan itu, pihak berkuasa tempatan boleh mengeluarkan kepada pemunya bangunan itu suatu perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan—
(a) bangunan itu;
(b) asas tapak bangunan itu; dan
(c) persekitaran yang di atasnya pendirian bangunan itu sedang berjalan.
Dalam pada itu, Pemaju projek tersebut, Gandingan Jakel akan memastikan bahawa kesemua protokol keselamatan akan dipatuhi serta merayu agar orang ramai agar menghentikan penularan video dan gambar-gambar yang tidak disahkan mengenai kejadian tersebut (NST)
Projek tersebut ialah projek kondominium yang diberi nama JSatine (TheEdge), dan mempunyai keluasan 9 ekar dan dijual bermula RM300k, mempunyai 4 blok (A,B C dan D) dan mempunyai 3600 unit. (GandinganJakel) dengan nilai pembangunan kasar sejumlah RM1.08billion (TheEdge)
Pemaju juga menjelaskan bahawa tiada letupan yang berlaku dan tiada risiko yang timbul setakat ini pada bangunan atau infrastruktur yang berdekatan (Dagangnews)
Apakah Nilai Pembangunan Kasar?
Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value) adalah jumlah jualan rumah bagi projek tersebut, contohnya, sebuah rumah berharga RM300,000 didarabkan dengan 3600 buah rumah, maka jumlahnya itu adalah nilai pembangunan kasar, maka kos pembinaannya perlu lebih rendah untuk sesebuah pemaju mendapat pulangan tunai.
Dalam berita yang lain, Datuk Ir Tee Chai Seng, Pengarah Urusan TCS, menyatakan bahawa penemuan awal menyatakan bahawa keretakan bangunan bukanlah berpunca dari pihaknya atau anak syarikatnya, TCS Construction Sdn Bhd (TCSCSB), kontraktor utama projek tersebut (NST) (SinarHarian), namun tidak dapat ditentukan sejauhmana kesan yang mungkin dihadapai dari tempoh penyiapan projek dan kos projek kerana perlu menunggu sehingga penilaian bebas diselesaikan (Dagangnews)
Sehingga 26 Disember 2024, Pihak pemaju, Gandingan Jakel, dalam kenyataan rasminya, menyatakan siasatan masih dijalankan dan sedang berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan perunding bebas.
Dalam berita bertarikh 30 Disember 2024 (Sinarharian), DBKL telah menerima laporan interim kali pertama dari pihak jurutera perunding bebas, namun Datuk Bandar Kualal Lumpur tidak berpuas hati.
Ini adalah kerana laporan tersebut tidak menunjukkan perincian analisis yang lengkap serta tidak mematuhi piawaian. Tetapi DBKL membenarkan kerja-kerja 'soil investigation' di sekeliling bahagian luar bangunan bagi mendapatkan data-data baharu untuk kajian oleh jurutera bebas bertauliah dan perunding jurutera projek.
Dalam berita bertarikh 21 April 2025, (SinarHarian), Pihak perunding jurutera bagi projek tersebut mencadangkan agar kerja-kerja di Blok A & B diteruskan, manakala kerja-kerja di Blok C & D akan diteruskan setelah kerja-kerja pengukuhan asas dan pembaikan struktur disempurnakan sepenuhnya.
Cadangan itu selepas pihak DBKL menerima laporan kemajuan perunding bebas bertarikh 24 Februari 2025 yang disediakan Jurutera Profesional Bertauliah. Selain itu, DBKL juga menetapkan bahawa pihak perunding jurutera projek perlu mengemukakakn laporan kemajuan bulanan dan laporan penyiapan kerja-kerja pembaikan yang telah disemak dan disahkan oleh perunding bebas kepada DBKL pada setiap hujung bulan.
Berita ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaharu.
Comments