Bila Pile 'Lari': Apa Solusi Paling Jimat Kos?
- Dr. Hamizi Hamdan
- Dec 5
- 4 min read
Artikel ini dicuplik sepenuhnya dengan kebenaran penulis Dr. Hamizi Hamdan yang dikarang di laman Facebook Bicara Jurutera pada 4 Disember 2025*

Ini cerita yang saya tak pernah tulis sebelum ini. Ia terlalu teknikal.
.
Jadi kalau saya tulis anda tak faham tak apa. Sebab hanya Civil Engineer atau spesifik lagi Structural Engineer sahaja boleh faham.
.
SOIL INVESTIGATION & PILING
.
Dalam kerja bangunan terutama dua tingkat dan ke atas biasanya ada piling.
.
Jenis, saiz, kepanjangan dan kedalaman, atau kapasiti piling ini ditentukan melalui data-data Soil Investigation (S.I.) iaitu menggunakan data boreholes dan McIntosh Probe (atau JKR Probe).
.
Bagi saya, saya tak suka berjimat dengan kos Soil Investigation. Bila Engineer "blind" mereka akan "takut" dan masukkan Safety Factor yang tinggi dalam rekabentuk dan menjadikan rekabentuk mereka sangat mahal untuk dibina. Kalau memang perlu tak mengapa tetapi out of fear sebab tak cukup data mungkin jadi kos yang tidak perlu dan berlebihan. Ini boleh meningkatkan kos pemaju/pemilik bangunan.
.
PILING DEVIATED
.
Bila kontraktor siap kerja piling, mereka kena potong kepala pile pada cut-off level dan ambil bacaan as-build koordinat pile point untuk diserahkan kepada consultant (design engineer).
.
Deviation yang dibenarkan adalah tidak lebih daripada 75 mm dari kedudukan sepatutnya.
.
Jika terdapat mana-mana pile yang deviate lebih 75 mm, ia perlu ditangani dengan membuat analisis pile group pilecap yang sama.
.
ECCENTRICITY, (ecc)
.
Bila ada pile deviate lebih 75 mm kita tak boleh benarkan untuk pilecap dibina mengikut pelan asal selagi tidak dibuat analisis kesan eccentricity di mana centre pilecap telah berubah. Sepatutnya centre pilecap dan centre column (tiang) adalah tepat sama atau hanya boleh berbeza 75 mm sahaja (kecuali dalam design memang dah benarkan atas sebab tertentu).
.
Perkara pertama perlu dibuat adalah tentukan centre pilecap as build. Sekarang ada AutoCAD, boleh guna AutoCAD sahaja (2 minit siap).
.
Kemudian check load distribution daripada column ke setiap pile point tak melebihi daripada pile working capacity. Biasanya consultant tak nak bagi setiap individual column load. Kalau tak melebihi boleh teruskan untuk check moment (bagi menentukan besi pilecap mencukupi). Kemudian check deviation antara centre pilecap baru pula dengan centre column (column memang tetap). Jika tak lebih 75 mm, boleh guna design asal, pastikan cover concrete mencukupi seperti design asal.
.
Kalau ada pile yang menanggung load lebih daripada kapasiti, tambahan pile point perlu dibuat. Selepas itu pembesaran pilecap perlu dibuat dengan mengulangi langkah di atas..
.
ECC PILECAP & COLUMN LEBIH 75 MM
.
Jika tidak perlu tambah pile tetapi deviation antara centre pile cap dan centre column melebihi 75 mm, pengenalan stump perlu di buat, menjadikan ecc column ke stump kurang 75 mm dan ecc stump ke pilecap kurang 75 mm. Memusingkan orientasi stump serta menggunakan saiz stump yang lebih besar dari column juga adalah pilihan. Cara mudah gunakan AutoCAD untuk setkan saiz dan orientasinya.
.
TAMBAH TIE BEAM KE PILECAP BERSEBELAHAN
.
Bila deviation terlalu besar, atau bila pile arrangement tak cukup rigid untuk memikul beban ada satu pilihan yang selalunya lebih cost-effective iaitu ikat pilecap bermasalah itu kepada pilecap bersebelahan melalui tie beam.
.
Fungsi tie beam sebagai elemen penyebar beban secara 2 hala. Moment dan shear yang tak dapat dipikul sepenuhnya oleh pilecap asal (kerana ecc terlalu tinggi atau pile kurang kapasiti) boleh diserap dan diagihkan kepada pilecap jiran yang lebih stabil atau mempunyai pile arrangement yang lebih simetri.
.
Cara ini selalu digunakan bila ecc terlalu besar, tetapi ruang tidak sesuai untuk tambah stump, site constraint tiada ruang untuk enlarge pilecap tanpa ganggu utiliti atau struktur lain, analisis menunjukkan pilecap berjiran masih ada kapasiti reserve, jadi ia boleh bantu equilibrate load distribution.
.
Ini adalah cara mengelakkan kerugian besar di pihak kontraktor dan pembaziran masa projek, namun solusi yang selamat dan boleh dipertahankan secara profesional.
.
Prosesnya sangat straightforward. Tetapkan lokasi tie beam dengan refer kepada grid. Guna AutoCad untuk menentukan axis, alignment dan saiz yang sesuai. Capacity check dibuat supaya load yang dialirkan tidak melebihi reserve capacity pilecap jiran. Reinforcement diseragamkan supaya detailing mudah direview dan mudah dibina.
.
Selagi detailing betul, tie beam boleh jadi penyelamat kos yang sangat signifikan kerana ia mengelakkan kerja-kerja heavy rectification seperti membuat pile tambahan. Consultant mesti buat full check dan sign off kerana ia melibatkan redistribution of structural forces.
.
Ini pengalaman saya pada tahun 2002 dengan kontraktor utama. Saya kena belajar dengan in-house Prinsipal Consultant dan berkampung dengan draftmannya untuk selesaikan masalah pile deviation ini dan dapatkan approval consultant kepada client. Alhamdulillah semuanya diterima, tinggal P.E. endorse sahaja.
.
Sayangnya saya tak simpan semua calculation yang saya buat termasuk drawings yang saya buat bersama draftman.
.
Tak ramai site engineer berpeluang untuk handle perkara begini. Saya antara yang bertuah bila jumpa masalah ini dan kena selesaikan. Even mungkin ada consultant pun tak pernah ada experience macam ini.
.
Itulah kelebihan buat salah. Kalau tak buat salah tak belajar.
.
Dr. Hamizi Hamdan berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Pengkhususan Kewangan, Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri Pembinaan. Pengarah Urusan APS Management Consultant Sdn. Bhd. , perunding pengurusan dan perancangan projek pembinaan.




Comments