top of page

PODCASTS

Voices of Expertise – Conversations with Leaders in Construction and Quality Management.

COMING SOON !!!!

Krisis Kepakaran Jurutera Malaysia : mengulas kenyataan Menteri MITI dan Kenyataan Akhbar PJPBM

Peranan Jurutera Elektrik dalam Bidang Pembinaan

Bersama Ir. Mohammad Amri Musaddiq.Bersama Ir. Amri Musaddiq, seorang Jurutera Elektrik, menceritakan mengenai pengalaman beliau serta apa yang diperlukan untuk menjadi seorang jurutera elektrik, serta tugas seorang jurutera elektrik. 1. Pengalaman Ir. Amri dalam kejuruteraan elektrik 2. Apa yang perlu dilengkapi oleh Jurutera Elektrik 3. Perbezaan LV dan HV 4. Pengurusan TNB dalam janaan dan penghantaran tenaga elektrik 5. Rangkaian janaan dan penghantaran elektrik 6. Asas-asas dalam melengkapkan diri sebagai seorang jurutera 7. Apakah Data Center dan fungsinya? 8. Adakah masa depan cerah bagi jurutera elektrik di Malaysia? 9. Nasihat kepada anak muda yang berminat dengan kejuruteraan elektrik

CFRP Strengthening for Structures

Bersama Puan Ummu Balqis Binti Johari, Marketing Manager dari Awanas Bina Sdn. Bhd., membincangkan mengenai kecacatan struktur, dan solusinya dengan memperkenalkan produk inovatif dari syarikatnya, iaitu Carbon Fibre Reinforced Polymer CFRP) Pengenalan kepada Syarikat Awanas Bina Sdn. Bhd. Punca-punca kecacatan pada struktur Contoh-contoh kecacatan yang biasa terjadi atau boleh dilihat pada bangunan CFRP Strengthening for Structure, apakah ia? Sekiranya bangunan yang saya duduki mempunyai kecacatan, apa yang perlu saya lakukan?

Pengurusan Alam Sekitar di Tapak Bina

Bersama Tuan Farhan Rahman. Membincangkan mengenai pensijilan CePEOEIA, CePSWAM dan bagaimana pensijilan ini membantu dalam penjagaan alam sekitar di tapak bina. Selain itu, perbincangan mengenai akta, dan polisi yang berkaitan di tapak bina, dan tugas seorang Environmental Officer (EO) dalam memastikan pemakluman berterusan mengenai aktiviti pengurusan alam sekitar di tapak bina melalui sistem ESWIS dan SPEIA. Menyentuh sedikit mengenai ESG dan bagaimana ia dapat merubah paradigma pengurusan alam sekitar.

Elemen penting dalam Perancangan Projek

Bersama Tuan Onn Nasrun. Menceritakan bagaimana perkembangan perancangan projek bermula dari sejarah perkembangan pengurusan perancangan projek menggunakan kaedah PERT dan CPM, dan bagaimana program Microsoft Project ini dihasilkan. Bagaimana 3 elemen penting Critical Path Method (predecessor, successor dan duration) menjadi ‘enjin’ atau nadi kepada Microsoft Project. Bagaimana menguruskan resources, yang terdiri dari manpower, machineries dan cost. Beliau juga ada menjkalankan latihan untuk Microsoft Project, sekiranya anda berminat, sila hubungi beliau di nombor telefon 012-260 9373

  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
  • X
  • Telegram
  • Whatsapp

Tel. 016-5186074

© 2020 by IRS. 

bottom of page